Polis cari pencuri kabel tular

Polis cari pencuri kabel tular

harisfadli@hmetro.com.my

Kajang: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian curi kabel di sekitar Sungai Lalang, di sini, yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku 9.30 pagi hari ini.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek yang menggunakan pacuan empat roda dan motosikal sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Vaelmurgan Amarthalingam di talian 0196111660.

Terdahulu satu klip video berdurasi satu minit lima saat tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua individu menaiki sebuah motosikal mencuri kabel.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top