fuadnizam@nst.com.my
Kuala Langat: Polis sedang mencari mangsa dipercayai hampir diculik di Bandar Saujana Putra seperti dalam video tular, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu bagi mengesahkan motif kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengekori seorang wanita di hadapan sebuah kedai sebelum mencuba menyerkup kepalanya dengan beg plastik.
Wanita yang terkejut itu kemudian menoleh ke belakang dan menolak lelaki itu sebelum kedua-duanya melarikan diri ke arah berbeza.
Menurut teks pada video, wanita itu menghubungi premis tersebut untuk mendapatkan rakaman CCTV kejadian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd



