Polis cari wanita tunggang motosikal lawan arus sambil main telefon

Polis cari wanita tunggang motosikal lawan arus sambil main telefon

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Tindakan seorang wanita menunggang motosikal secara melawan arus berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, semalam, boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan diri sendiri.

Video perbuatan wanita itu menunggang motosikal sambil bermain telefon bimbit itu tular di media sosial hari ini.

Perbuatannya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet yang menyifatkan wanita itu berani selain bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun tidak dinyatakan wanita itu dalam perjalanan ke mana namun ia berlaku berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu namun pihaknya akan mengesan wanita berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top