Polis Dedah Petunjuk Positif Kes Serangan Rumah Cikgu Chandra

Polis Dedah Petunjuk Positif Kes Serangan Rumah Cikgu Chandra

Oh! Negara

Polis Selangor temui petunjuk positif dalam siasatan kes serangan rumah Cikgu Chandra di Puchong.


Insiden serangan terhadap aktivis S Chandrasegaran atau dikenali sebagai Cikgu Chandra di Puchong sudahpun dalam siasatan pihak polis. Terbaru, Polis Selangor memaklumkan mereka sudah memperoleh beberapa petunjuk positif dalam siasatan kes tersebut, namun butiran lanjut belum boleh didedahkan kerana siasatan masih berjalan.

Setakat ini, selepas ditaklimatkan pagi ini, terdapat beberapa petunjuk positif bagi kedua-dua kes. Namun, saya tidak boleh kongsikan kerana siasatan masih berlangsung.- Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Polis buka kertas siasatan dan jamin telus

Menurut Shazeli, polis membuka kertas siasatan sejurus laporan dibuat dan tindakan awal sudah diambil bagi mengenal pasti pihak yang terlibat. Pihaknya juga memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil kepada semua pihak.

Polis turut menasihatkan masyarakat supaya menghentikan spekulasi atau provokasi yang menyentuh isu agama, raja dan kaum kerana ia boleh memburukkan keadaan ketika siasatan masih berjalan.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba memainkan atau menyemarakkan isu 3R.- Katanya.

Rumah diserang dan kenderaan dibakar

Terdahulu, sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyerang rumah Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong sekitar jam 3.30 petang kelmarin. Suspek memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva milik mangsa serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

Dalam kejadian berasingan sekitar jam 3.20 pagi semalam, sekumpulan individu dipercayai datang ke rumah mangsa sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol. Kejadian itu menyebabkan kenderaan Suzuki Ertiga miliknya musnah sepenuhnya manakala Perodua Viva dan sebuah lagi kenderaan turut terjejas akibat kebakaran.

Pssttt! Ohmedia harap semua pihak dapat bertenang dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan supaya perkara sebenar dapat diketahui.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top