Oh! Artis
Shila Amzah diserang artis legenda semasa latihan konsert, punca dikaitkan masalah keluarga.
Pihak polis akhirnya mendedahkan hasil siasatan awal berikutan kes Shila Amzah diherdik penyanyi rock lagenda.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, serangan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap Shila yang dikatakan mencampuri urusan keluarganya.
Empat individu dirakam keterangan isu Shila Amzah…
Setakat ini, pihak polis telah merakam percakapan daripada empat individu, termasuk saksi yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.
Mohamed Usuf juga memaklumkan bahawa keterangan suspek yang didakwa menyerang Shila turut telah diambil, dan tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak lain selain daripada laporan asal oleh Shila sendiri.
Kejadian ini mendapat perhatian selepas Shila Amzah, atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, membuat laporan polis kira-kira jam 5.31 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Dalam laporan tersebut, Shila mendakwa telah diserang secara terbuka oleh artis berkenaan semasa sesi latihan konsert berlangsung.
Susulan daripada laporan tersebut, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.
Pssttt! Korang, kadangkala masalah peribadi dan keluarga boleh menjadi terlalu sensitif sampai sanggup bawa ke pentas awam tapi itu bukanlah jalan penyelesaian. Bila emosi menguasai, tindakan melulu hanya akan memburukkan keadaan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!