Oh! Tidak
Sindiket dadah Langkawi kembali hangat diperkatakan apabila seorang anggota polis didakwa jadi dalang utama operasi tersusun.
Langkawi sekali lagi jadi perhatian apabila muncul dakwaan mengenai satu rangkaian pengedaran dadah yang dikatakan bergerak secara tersusun di sekitar pulau.
Lebih mengejutkan, sindiket terbabit didakwa didalangi seorang anggota polis yang dikenali sebagai ‘Mr A’. Selepas kematian Pablo Escobar Langkawi iaitu Mat Nahar enam tahun lalu, ramai sangka masalah dadah di pulau itu akan reda.
Tapi nampaknya kegiatan itu masih berjalan dan kali ini dikatakan dikendalikan oleh individu lain bersama bekas ahli sindiket lama.
Sindiket dadah dikatakan tersusun

Menurut laporan Harian Metro, hasil risikan dan temu bual dengan beberapa sumber mendapati sindiket ini bukan bergerak secara kecil-kecilan atau bersendirian. Sebaliknya, mereka dipercayai mempunyai organisasi lengkap dengan pembahagian tugas tertentu.
Lebih mengejutkan apabila sumber mendakwa individu dikenali ‘Mr A’ itu turut menggelarkan dirinya sebagai Pablo, dipercayai merujuk kepada Pablo Escobar yang terkenal sebagai raja dadah dunia suatu ketika dahulu.
Ia bukanlah aktiviti bergerak secara rawak atau bersendirian sebaliknya mempunyai bentuk organisasi yang jelas dengan pembahagian tugas khusus antara individu yang terbabit.- Katanya.
Bekas ahli sindiket lama kembali aktif

Sumber turut mendakwa beberapa individu yang pernah dikaitkan dengan sindiket Mat Nahar kini kembali aktif bersama kumpulan baharu ini. Antaranya termasuk seorang pembekal dadah dikenali sebagai Bagok yang sebelum ini pernah ditahan polis.
Selain itu, terdapat juga wanita dikenali sebagai Syeira yang dikatakan menjadi ketua pengedar di kawasan bar dan premis hiburan sekitar Pantai Chenang. Seorang lagi wanita dikenali Mira pula didakwa mengendalikan operasi di sekitar Kuah dan bekerja di pusat spa.

Menurut sumber lagi, sindiket ini dipercayai bergerak secara berlapis dan menggunakan beberapa lokasi berbeza termasuk premis hiburan serta lokasi persendirian untuk menjalankan aktiviti mereka.
Mereka juga dikatakan menggunakan saluran tertutup untuk berhubung dengan pelanggan tertentu bagi mengelakkan kegiatan mudah dikesan pihak luar. Struktur operasi seperti ini membuatkan mereka lebih sukar dibanteras walaupun pelbagai operasi sudah dijalankan pihak berkuasa.
Pssttt! Isu dadah ni memang bukan benda baru tapi bila ada dakwaan melibatkan pihak beruniform, ia buat ramai lagi risau. Harap pihak berkuasa dapat siasat dengan telus sebab korang sendiri tahu, masalah macam ni kalau dibiarkan memang boleh rosakkan masa depan ramai orang terutama anak muda.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




