Polis geledah pejabat Barcelona

Madrid:Polis melakukan beberapa siri tangkapan di FC Barcelona . BBC melaporkan tangkapan itu telah dilakukan selepas polis menggeledah pejabat kelab bola sepak itu.

Bagaimanapun identiti individu yang ditahan polis tidak dapat dipasti dan disahkan media Sepanyol.

Operasi polis dilakukan hari ini selepas siasatan berkaitan soal kewangan Barcelona dilakukan. Pemilihan Presiden kelab akan dilakukan Ahad ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Josep Maria Bartomeu pada Oktober lalu.

Pada 20 April lalu, enam ahli lembaga pengarah kelab itu meletakkan jawatan dan mengkritik Josep Maria tentang kaedah pengurusan yang tidak betulnya dalam kelab tersebut -AFP

Malay News
Sports Desk

Scroll to Top