harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Langat: Polis giat mengesan individu disyaki terbabit dalam kejadian tembakan yang mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah restoran sekitar Banting, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Radzi ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Siasatan lanjut dijalankan bagi narrow down dan mengenal pasti suspek terbabit dalam kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berusia 30-an disahkan mati dalam kejadian tembak berhampiran restoran makanan segera di Banting, di sini.
Akmalrizal dilapor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
© New Straits Times Press (M) Bhd



