
JAKARTA: Polis Indonesia hari ini menemui bahan letupan dalam serbuan di luar ibu kota Jakarta dipercayai ada kaitan dengan serangan bunuh diri semalam di sebuah gereja di Pulau Sulawesi, lapor Kompas TV.
Pengeboman yang mengorbankan kedua-dua pengebom terbabit serta mencederakan 19 yang lain berlaku ketika jemaah sedang berhimpun sempena sambutan hari Easter.
Polisi Jakarta dan nasional enggan mengulas lanjut berhubung kejadian ketika dihubungi pihak media.
Semalam polis berkata, pengebom terbabit, seorang lelaki dan wanita dipercayai anggota Jamaah Ansharut Daulah (JAD).
JAD adalah sebuah kumpulan militan dipercayai serpihan Kumpulan Negara Islam disyaki melakukan serangan bunuh diri di gereja dan sebuah pos polis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di bandar Surabaya pada 2018.
Empat disyaki anggota JAD yang ditangkap semalam di wilayah Nusa Tengara Barat ada kaitan dengan serangan gereja pada hari yang sama.
Dipercayai sejak Januari lalu, kira-kira 20 anggota JAD ditangkap dan pihak berkuasa percaya kumpulan itu terlibat dalam serangan bunuh diri berkembar ke atas sebuah gereja Filipina pada tahun 2019 yang mengorbankan lebih daripada 20 orang.
Makassar, kota terbesar di Pulau Sulawesi, mencerminan kepelbagaian agama di Indonesia, sebuah negara dengan penganut Islam terbesar di dunia selain minoriti Kristian.