Polis Iran tahan 4 warga asing di tempat persembunyian

Polis Iran tahan 4 warga asing di tempat persembunyian

Tehran: Polis Iran menahan empat warga asing tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka, berhubung rusuhan bulan lalu, lapor media rasmi Iran pada Isnin.

Media rasmi memetik polis berkata, keempat-empat warga asing itu ditahan dalam serbuan di tempat persembunyian mereka.

“Empat bom bunyi buatan sendiri turut ditemukan dalam salah satu beg mereka,” kata pihak polis.

Sebelum ini, ribuan rakyat Iran dipercayai terbunuh dalam tindakan keras terhadap protes antipemerintah bulan lalu.

Susulan itu, pihak berkuasa Iran menuduh negara asing sebagai punca keganasan itu yang dianggap rusuhan domestik paling buruk sejak Revolusi Islam 1979.

Pihak berkuasa juga mengumumkan, penahanan harian terhadap suspek pemimpin protes.

Kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Agensi Berita Hak Asasi Manusia (HRANA) berkata, hampir 50,000 orang ditahan setakat ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top