mhafis@mediaprima.com.my
Petaling Jaya: Anak kepada bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint di sini, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berusia 20-an terbabit.
“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, penahanan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.
Dalam operasi terbabit, polis menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Difahamkan, suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
© New Straits Times Press (M) Bhd