Seorang pelakon lelaki terkenal akan dipanggil polis dalam masa terdekat selepas didakwa memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan.
Menurut laporan Kosmo, laporan diterima pada 7 April lalu selepas kejadian berlaku di Ara Damansara, Petaling Jaya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan,l.
Mangsa mengalami cedera di bahagian badan dan muka selepas dipukul dengan tangan oleh suspek.
Mangsa pernah lapor kes sama tahun lalu
Apa yang lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Menurut polis, mangsa pernah membuat laporan polis tahun lalu terhadap suspek yang sama, namun menarik semula laporan tersebut.
Jadi, ini merupakan kejadian kali kedua.
Ammar Alfian nafi tuduhan, kata kekasih bertindak tergesa-gesa
Sebelum ini, media melaporkan pelakon Ammar Alfian menafikan tuduhan memukul teman wanitanya, Qhaisha, dan menyifatkan laporan polis dibuat itu sebagai satu tindakan tergesa-gesa.
Ammar, 38, juga kecewa apabila Qhaisha turut mengheret pengurusnya bernama Zane dalam pertikaian peribadi mereka.




