Polis kawal kawasan kejiranan rumah Ismail Sabri

Polis kawal kawasan kejiranan rumah Ismail Sabri

yusri.muzamir@bh.com.my

PETALING JAYA: Kawalan keselamatan di perkarangan rumah Datul Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, dipertingkatkan selepas kediamannya menjadi tumpuan petugas media, pagi ini

Beberapa anggota polis bantuan dilihat dikerahkan menjaga aliran trafik dan keselamatan kawasan sekitarnya manakala hampir 10 anggota polis turut berkawal di situ.

Petugas media mula ‘berkampung’ di kejiranan kediaman Ismail Sabri bagi mendapatkan perkembangan terkini sebelum majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Difahamkan, Ismail Sabri akan menghadiri istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadual berlangsung di Istana Negara, jam 2.30 petang ini.

Semalam, BH melaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan daripada 114 Ahli Dewan Rakyat menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top