Polis kesan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual di stesen MRT

Polis kesan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual di stesen MRT

am@hmetro.com.my

Kajang: Polis sedang mengesan lelaki dipercayai lakukan gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang seperti tular di aplikasi Threads.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi 23 saat memaparkan kejadian itu dikesan tular sejak 9 pagi semalam dan siasatan turut dijalankan di lokasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922.

Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan tidak menyebar video yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau menimbulkan kegusaran, dengan tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top