mhafis@mediaprima.com.my
Serdang: Polis meminta bantuan orang ramai berhubung kehilangan remaja lelaki Khoo Kean Shin, berusia 17 tahun yang dilaporkan keluar dari rumahnya di Bandar Kinrara 5, Puchong, sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan orang hilang itu dibuat oleh ibu mangsa, berusia 47 tahun hari ini.
Menurutnya, remaja terbabit, Khoo Kean Shin, yang menghidap autisme dan gangguan kurang tumpuan serta hiperaktif (ADHD), dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 6 petang semalam.
“Mangsa berkulit cerah, berambut pendek berwarna hitam, berketinggian kira-kira 180 sentimeter dan kali terakhir dilihat berada di sekitar Bandar Kinrara 5.
“Polis Daerah Serdang memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit supaya tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor SivananthaMadewan di talian 03-8076 2222,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




