harisfadli@hmetro.com.my
Ampang: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan remaja hilang, Nur Sofea Haton Abdul Hafiz, 13, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja itu keluar dari rumah di Pangsapuri Seri Nilam di sini dengan membawa bag pakaian.
“Ibu remaja terbabit menyatakan ketika pulang pada 7 malam semalam mendapati anaknya tiada di rumah. Pengadu membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati dia keluar dengan membawa beg pakaian.
“Punca remaja keluar daripada rumah dipercayai kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam ke kenyataan hari ini.
Menurutnya, OH berketinggian 160 centimeter (CM), berat 56 kilogram (KG), berbadan kurus dan berkulit hitam manis.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 0342897222 atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 0176515201.
© New Straits Times Press (M) Bhd




