harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis memohon bantuan orang awam bagi mengesan Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir bersabit satu kes dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata individu terbabit dikehendaki hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret 9, di sini.
Menurutnya, lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Syed Mohammad Faris Ismadi, 33, beralamat terakhir di Nombor 375, Blok 16 Felda Keratong 9, 26700 Muadzam Shah, Pahang.
“Sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Inspektor Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman di taliam 01117824934,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields di talian 0322979222 sambungan 9123 , Hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau mana-mana balai berhampiran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




