am@hmetro.com.my
Penampang: Polis sedang mengesan tiga saksi bagi membantu perbicaraan kes bunuh berkait laporan di daerah ini.
Kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kota Kinabalu.
Mereka adalah Suriana Kassim, 42, yang beralamat di Kampung Tanjung Aru Baru, Ibno Hashim Leman yang beralamat di Kampung Likas dan Sharif Abdul Kadir Abdul Moin, 35, juga dari Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya memerlukan kehadiran ketiga-tiga saksi itu bagi melancarkan proses perbicaraan yang sedang berjalan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Penampang, Asisten Superintendan Andi Ma’mur Halwati di talian 019-5853918.
© New Straits Times Press (M) Bhd




