Polis masih tunggu arahan AGC kes Harith Iskander, Cecelia

Polis masih tunggu arahan AGC kes Harith Iskander, Cecelia

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis masih menunggu arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya berhubung siasatan ke atas pelawak dan pelakon, Harith Iskander dan dan pengguna Facebook Cecelia Yap berkaitan hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah dihantar ke AGC dan pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya.

“Polis masih belum menerima arahan daripada AGC berhubung siasatan ke atas mereka (Harith, Cecelia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan pelawak, Harith Iskander dan seorang wanita, Cecelia Yap yang memuatnaik kandungan dan komen jelik membabitkan agama Islam di Facebook, masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima izin daripada AGC untuk berbuat demikian kepada dua indvidu terbabit.

“Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu,” katanya dipetik.

Selepas menerima permohonan daripada MCMC, suruhanjaya itu memaklumkan Meta bertindak menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top