Polis minta bantuan kesan Mohd Fauzi

Polis minta bantuan kesan Mohd Fauzi

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dia keluar bekerja di sebuah premis di sini, sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Fauzi Mohd Johan, 57, pada 12.28 tengah malam Selasa.

Katanya, lelaki berkenaan didakwa kali terakhir dilihat berada di Sutera Damansara di sini, kira-kira 9 pagi, Isnin lalu, sebelum keluar bekerja di sebuah premis di Petaling Jaya dengan menaiki kenderaan e-hailing.

“Lelaki berkenaan berketinggian kira-kira 174 sentimeter dengan berat kira-kira 80 kilogram dan berkulit putih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Mohd Fauzi diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu usaha mengesan lelaki berkenaan.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Nasir Mustapha di talian 013-2860448 atau 03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top