Polis Nafi Anak VIP Terlibat Dalam Kes Kematian Zara Qairina

Polis Nafi Anak VIP Terlibat Dalam Kes Kematian Zara Qairina

Oh! Tidak

Polis sahkan tiada bukti kaitkan anak VIP dengan kematian pelajar SMKA, Zara Qairina di Papar.


Polis tampil menafikan dakwaan kononnya anak orang kenamaan (VIP), termasuk ahli keluarga menteri dan Istana Negeri Sabah, terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan mana-mana anak VIP dengan kes tersebut.

PDRM menegaskan bahawa tiada kompromi atau perlindungan akan diberikan kepada mana-mana individu yang disyaki terbabit, tanpa mengira latar belakang mereka.- Katanya.

Beliau turut menegaskan siasatan dilakukan secara menyeluruh, telus dan adil demi memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarganya.

Orang ramai diminta hentikan spekulasi kematian Zara Qairina…

Siasatan kes kematian pelajar terbabit semakin menjadi tumpuan netizen selepas tular pelbagai dakwaan di media sosial yang mengaitkan kes itu dengan anak menteri dan pihak istana.

Susulan itu, Kamaruddin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan proses keadilan.

Semalam, pihak Istana Seri Kinabalu turut tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa keluarga Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, terlibat dalam kes tersebut.

Penafian itu dibuat selepas tuduhan tidak berasas tersebar luas di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Siasatan rapi dengan 60 saksi dipanggil…

Zara

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, kertas siasatan kes itu sudah dihantar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke Bukit Aman untuk penelitian lanjut.

Dokumen tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara selepas proses semakan selesai.

Setakat ini, seramai 60 saksi termasuk guru dan pelajar SMKA Tun Datu Mustapha telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah.

Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang supaya elakkan daripada membuat andaian dan menyebarkan maklumat yang belum sahih, terutamanya dalam kes yang melibatkan nyawa dan keluarga mangsa. Hormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas mereka.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top