am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita dari Kelantan ditahan dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat itu daripada rakan sejawat yang bertugas di negara sempadan terbabit.
“Siasatan akan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan kesemua suspek ditahan di negara berkenaan.
“Setakat ini, tiada tindakan diambil dari pihak kami untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kesemua mereka iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan yang berasal dari Kelantan berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.
Menerusi tangkapan berkenaan, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.
© New Straits Times Press (M) Bhd




