Polis Sedang Siasat Kes Wanita Rosakkan Kereta, Mengalami Kerugian Sebanyak RM25 Atau Lebih | Oh! Media

Polis Sedang Siasat Kes Wanita Rosakkan Kereta, Mengalami Kerugian Sebanyak RM25 Atau Lebih | Oh! Media

Terdahulu, satu video tular di aplikasi X menunjukkan seorang wanita telah merosakkan sebuah kereta dipercayai di Taman Perling, Johor Baharu.

Menerusi laporan Berita Harian, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut tentang kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah menerima satu laporan jam 12 tengah hari pada 5 Ogos lalu.

Kita mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun X memaparkan adegan seorang wanita sedang merosakkan kereta dan siasatan sedang dijalankan selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan.

Difahamkan, kejadiaan ini menyebabkan kerugian bernilai RM25 atau lebih. Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Scroll to Top