Polis telah membuka kertas siasatan terhadap perhimpunan kibar Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang dihadiri lebih 300 individu. Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta melibatkan kehadiran pimpinan PAS Perak dan penduduk setempat.
Tiada Notis Dihantar Penganjur…

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, hasil semakan mendapati penganjur tidak menghantar notis kepada polis. Perhimpunan ini disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan penganjur menghantar notis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum acara berlangsung.
Arahan perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk rakaman percakapan.- Ujar Azizi.
Sebagai Tindak Balas Insiden Bendera China?

Perhimpunan yang menyaksikan lebih 200 Jalur Gemilang dikibarkan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap insiden bendera China dikibarkan di lokasi yang sama pada Sambutan Guan Gong Sedunia sebelum ini. Azizi memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Jika sabit kesalahan, individu yang terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
#OhmediaNasihat
Patuhi undang-undang semasa menganjurkan perhimpunan untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Semangat patriotik boleh diteruskan dengan cara yang aman dan mengikut saluran yang betul.





