Polis siasat pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka

Polis siasat pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan individu yang videonya tular di laman sosial Facebook, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semakan mendapati tiada laporan mengenai kejadian diterima pihaknya.

“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima.

“Bagaimanapun, pengesahan ke atas video yang viral itu sedang dalam tindakan pihak polis,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video pergaduhan di Dataran Merdeka di sini, yang dikatakan berlaku malam semalam.

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu memaparkan beberapa lelaki bergaduh dengan ada antaranya membaling topi keledar.

Kejadian turut disaksikan sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal yang dilihat berkumpul di kawasan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top