“Sejam kemudian, polis berjaya menahan seorang lagi suspek berumur 20-an yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. Dia ditahan di tepi jalan di Kampung Hilir, Kepala Batas dekat sini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kedua-dua lelaki itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan di bawah Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 45 Akta Binatang 1953.
Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung tindakan seorang individu yang memanah anjing liar sehingga mati, yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.
Rakaman yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki memanah anjing liar antara pukul 4.21 dan 5.26 pagi, Khamis lepas. – Bernama