Polis tahan peniaga disyaki rogol anak tiri

Polis tahan peniaga disyaki rogol anak tiri

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Polis menahan seorang peniaga di sebuah rumah di Gurun, di sini, Khamis lalu kerana disyaki merogol anak tirinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 32 tahun terbabit.

Menurutnya, gadis berusia 13 tahun itu menceritakan kejadian yang berlaku kepada gurunya sebelum membuat laporan polis.

“Guru mangsa mendapati pelajar terbabit berubah sikap dan kemurungan selain suka menyendiri sejak kebelakangan ini lalu mengesyaki sesuatu.

“Apabila bertanya apa masalah pelajar itu, dia menceritakan segala yang berlaku terhadapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanyan berkata, susulan laporan itu, polis menahan suspek kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Gurun untuk membantu siasatan.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 4 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa kemudian dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top