Trending
Kes Amy Search dan Shila Amzah terus hangat! Polis mungkin panggil semula Amy bagi bantu siasatan ugutan jenayah.
Kes serangan lisan terhadap Shila Amzah kini memasuki fasa baru apabila polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula Amy Search bagi memberi keterangan.
Menurut laporanĀ Kosmo, tindakan itu akan dilakukan bergantung kepada keperluan siasatan semasa, memandangkan Amy sendiri sudah membuat laporan polis.
Perkara itu dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Setakat ini, kita telah merakam keterangan daripada empat individu dan beberapa lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat.
Kertas siasatan sudah dirujuk ke AGC

Pihak polis memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah pun diserahkan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya dan kini menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Konflik antara Shila Amzah dan Amy Search bermula semasa latihan konsert

Insiden tegang ini mula menarik perhatian ramai selepas Shila Amzah membuat laporan polis, mendakwa dirinya diserang secara verbal oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert.
Perkara itu turut dikongsikan Shila menerusi Instagram Story, yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen dan warga industri hiburan.
Pssttt! Apa jua konflik, selesaikan dengan tenang dan secara profesional. Dunia hiburan tak perlu disulami drama yang memecah-belahkan industri sendiri. Hormati satu sama lain.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.