Polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula penyanyi legenda, Datuk Amy Search, untuk dirakam percakapan berhubung kes membabitkan penyanyi Shila Amzah.
Memetik mStar Online, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata pihaknya menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sekiranya terdapat keperluan bagi membantu siasatan.
BACA: Amy Search Buat Laporan Polis Terhadap Shila Amzah
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke Pejabat Negera Di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya lagi, siasatan akan dijalankan secara teliti memandangkan satu laporan polis telah dibuat oleh Amy pada 15 Julai lalu.
Terdahulu, Shila embuat laporan polis pada 10 Julai lalu mendakwa diserang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah konsert.
Polis berkata rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda berkenaan.
Sumber: mStar Online