am@hmetro.com.my
Kuala Nerus: Polis Terengganu memantau setiap pergerakan dan aktiviti Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) di negeri ini, walaupun tiada laporan mengenai pelanggaran undang-undang termasuk isu mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk mengutip dana, setakat ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai perlanggaran undang-undang sehingga menyebabkan polis mengambil tindakan ke atas GISBH di negeri ini.
“Polis akan melakukan siasatan segera jika terdapat laporan kesalahan dilakukan GISBH di negeri ini termasuk dakwaan cuba menghidupkan semula ajaran sesat oleh kumpulan Al-Arqam.
“Setakat ini, tiada lagi laporan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas GISBH,”
katanya kepada media, di sini, semalam.
Terdahulu, Mohd Khairi menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal RXZ kepada seorang peserta yang memenangi hadiah cabutan bertuah sempena Majlis PenutupHimpunan RXZ Members 6.0 di Litar Perlumbaan Negeri di sini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




