sukan@hmetro.com
Sintok : Politeknik Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendominasi acara karate dan taekwondo di hari pertama temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT 2024) yang berlangsung Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Acara karate berlangsung di Dewan Muadzam Shah Universiti Utara Malaysia, manakala tekwondo di Dewan Harum Manis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
Melalui 13 pingat emas yang ditawarkan dalam dua acara berkenaan, Politeknik Malaysia dilihat mendahului kutipan pingat dengan tiga emas.
Dua emas dikutip melalui acara karate bagi kategori kumite 60 kilogram (kg) dan 55kg lelaki manakala emas melalui acara taekwondo, poomsae individu lelaki.
Baki pingat emas di hari pertama semalam diraih Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi karate kategori kata berpasukan wanita.
Manakala Management & Science University (MSU) turut menyambar satu emas dalam acara kata individu wanita dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi acara kumite wanita 55kg.
Sebanyak 13 lagi pingat bakal direbut di hari kedua kejohanan membabitkan tujuh pingat emas untuk karate dan lima pingat emas untuk taekwondo.
© New Straits Times Press (M) Bhd




