Politik perkauman sempit & parti tunggang agama tiada tempat di bumi N.9 -Nga Kor Ming

Politik perkauman sempit & parti tunggang agama tiada tempat di bumi N.9 -Nga Kor Ming

Menerusi satu hantaran di media sosial, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meluahkan penghargaan kepada warga Negeri Sembilan yang hadir memberi sokongan pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Seremban Jaya.

Ribuan penyokong tanda sokongan pejuangan politik PH

Nga yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan menyatakan kehadiran lebih 2,000 orang pada program tersebut menunjukkan sokongan terhadap perjuangan politik yang dibawa PH berteraskan integriti dan keterangkuman.

“Terima kasih NS. 
Terima kasih kepada lebih 2,000 warga Negeri Sembilan yang membanjiri ceramah Pakatan Harapan di Seremban Jaya malam ini,” tulisnya.

Pendekatan politik baharu perjuang semua lapis masyarakat

Menurut Nga lagi, PH membawa pendekatan politik baharu yang memperjuangkan kepentingan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Susulan daripada itu, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan untuk terus bersama gabungan tersebut menjelang perkembangan politik negeri.

“Pakatan Harapan membawa politik baru yang berpaksikan kepada integriti dan berjuang untuk semua kaum.
“Politik perkauman sempit dan parti tunggang ugama yang ketinggalan zaman tiada tempat di bumi Negeri Sembilan yang bertuah.
Ayuh! Bangkit gelombang merah, kita kekal Harapan!” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Nga Kor Ming

Scroll to Top