Posing ‘mendada’ Hannah Delisha ditegur, netizen minta labuhkan lagi tudung

Posing ‘mendada’ Hannah Delisha ditegur, netizen minta labuhkan lagi tudung

Penampilan cantik pelakon, Hannah Delisha sememangnya kerap mencuri perhatian ramai memandangkan namanya kini sedang hangat diperkatakan berikutan drama Andai Itu Takdirnya sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen.

Namun begitu, perkongsian terbaru Hannah di Instagram bagi mempromosikan pakaian jenama keluarannya telah mendapat perhatian ramai apabila ada komen-komen nakal yang menegur posing pelakon wanita itu.

Dia yang menggayakan baju sweatshirt telah tampil kasual, namun posing mendada yang dilakukan mendapat kecaman  sesetengah netizen.

Ada juga yang menegurnya supaya melabuhkan lagi tudung kerana ada anggota tubuh yang masih terlihat menonjol sehingga mengundang komen negatif dari orang ramai.

Walau bagaimanapun, masih ada yang memuji penampilan pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27 itu kerana masih wajar dipanggil pelajar sekolah memandangkan terlihat begitu comel.

Mereka juga begitu menyukai style Hannah dan juga lakonannya dalam drama Andai Itu Takdirnya yang bergandingan dengan Shukri Yahaya.

Sumber: Instagram hannahdelisha

Scroll to Top