Anak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Nabila Ramzan tampil memuat naik kenyataan mengenai keputusannya berhenti kerja sebagai pramugari.
Menerusi hantaran di Insta Story, Nabila berkata dia membuat keputusan tersebut kerana keluarga memerlukannya dan dia juga begitu, tambahan pula itu adalah pekerjaan pertamanya.
BACA:“Pakai Macam Mana Pun, Solat Perlu Dilakukan” – Kak KM Pesan Pada Anak Jaga Solat

“Saya letak jawatan kerana keluarga saya memerlukan saya di rumah, dan sejujurnya saya juga begitu,” katanya.
Kata Nabila lagi, ada yang memintanya memuat naik gambar memakai uniform pramugari sebagai bukti namun dia tidak boleh berbuat demikian kerana terikat dengan perjanjian serta polisi syarikat
“Ada yang cakap, ‘post bukti pakai uniform dulu.’ Boleh je, tapi kau bayarkan saman aku boleh. Saya dah tandatangan perjanjian. kau ingat tu syarikat bapak kau tak ada peraturan dan polisi,” tulisnya.
Sementara itu, Nabila berkata sepanjang dia berada di sana dia tidak memuat naik sebarang perkembangan dia mana-mana media sosial miliknya kerana itu garis panduan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, meskipun pelbagai kata-kata fitnah dilemparkan terhadap dirinya, namun Nabila hanya meluahkan rasa syukur kerana banyak pahala diperoleh daripada netizen.