Pernah tak tengah syok main game, tiba-tiba phone panas, lag mencanak, pastu bateri tinggal nyawa-nyawa ikan? Baru nak clutch, terus tersangkut. Memang boleh buat stress!
Kalau korang selalu kena macam ni, ni kami nak kongsi telefon pintar yang boleh bagi performance macam flagship, tapi harga tak buat dompet menangis.
Telefon pintar ni dari jenama yang sedang meningkat naik iQOO Neo 10, dan ya, dia memang dicipta untuk yang suka main games guna phone, multitask, dan hidup on-the-go.
Dwi-Cip, Dua Kali Ganda Padu

iQOO Neo 10 ni bukan main-main, ia hadir dengan dua enjin power dalam satu body: Snapdragon® 8s Gen 4 dan Q1 Supercomputing Chip. Pendek kata, korang akan rasa kelajuan yang biasanya cuma ada kat phone mahal-mahal.
Lawan dalam game jadi lagi smooth, response cepat, takde frame drop dan paling penting, takde rasa nak baling phone sebab panas. Sebab phone nia siap ada sistem penyejukan 7K Ultra VC Cooling System. So, korang boleh push rank berjam-jam tanpa risau phone overheat!
Paparan Laju 144Hz – Swipe, Tap, Semua Rasa Syok
Paparan iQOO Neo 10 pun padu juga dengan 144Hz Eye-Care Display. Kalau korang jenis main game laju macam Honor of Kings atau PUBG, memang akan perasan betapa smooth-nya setiap pergerakan.
Dan kalau korang suka scroll TikTok, marathon Netflix atau binge IG reels sampai mata pedih, jangan risau. Paparan ni bantu jaga mata korang juga. So, boleh layan content tanpa rasa bersalah.
Cas Laju, Bateri Padu. Tak Perlu Cas Banyak Kali

Dengan bateri 7000mAh, iQOO Neo 10 memang boleh tahan lama gila. Nak main, nak edit, nak record video, semua boleh jalan. Kalau tinggal 10% pun, jangan panik. Cas je dengan 120W FlashCharge, lepas tu boleh sambung aktiviti macam biasa.
Paling win, dia boleh reverse charge, boleh share bateri dengan phone lain. Dalam erti kata lain, phone ni bukan je selamatkan korang, tapi boleh jadi hero untuk kawan juga.
Tak Perlu Flagship Kalau Dah Power Macam Ni
iQOO Neo 10 ni memang dibuat untuk korang yang nak semua benda power dalam satu phone, pada harga mampu milik. Sesuai sangat untuk student, gamers, creator dan sesiapa je yang hidup dia laju dan perlukan phone yang boleh catch up.
Phone Dah Start Lag? Mungkin Itu Petanda Bertukar iQOO Neo

iQOO Neo 10 dijual pada harga bermula dari RM1,999 dengan dua varian pilihan yang menawarkan memori dalaman yang berbeza: 12GB + 256GB pada harga RM1,999 (eksklusif dalam talian) dan 16GB + 512GB pada harga RM2,199.Pada korang yang tengah cari phone mampu milik dengan prestasi seakan flagship, boleh cuba iQOO Neo 10. Jadi sebahagian daripada geng #PowerToWin dan buktikan korang tak perlukan flagship mahal untuk perform macam legend.
Maklumat lanjut mengenai tawaran terkini, ikuti iQOO di Facebook dan Instagram.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.