PPIM tidak iktiraf GEM, tiada sebarang hubungan kerjasama

PPIM tidak iktiraf GEM, tiada sebarang hubungan kerjasama

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan pihaknya tiada kaitan dengan Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) seperti heboh diperkata sejak kebelakangan ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, GEM pernah bernaung di bawah PPIM ketika awal penubuhan, namun selepas itu bergerak sendiri tanpa rujukan atau nasihat daripada pihaknya.

“PPIM tidak mengiktiraf GEM dalam apa-apa kapasiti memandangkan segala keputusan dan tindakan mereka dibuat tanpa merujuk kepada kami.

“PPIM juga tidak mempunyai sebarang hubungan atau kerjasama dengan GEM pada masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati GEM adalah gabungan tidak berdaftar, sekali gus tidak diiktiraf di sisi undang-undang serta kerajaan.

“Oleh itu, sebarang kenyataan atau tindakan yang cuba mengaitkan PPIM dengan GEM adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.

“PPIM kekal memperjuangkan hak pengguna Islam di Malaysia dan memastikan masyarakat tidak terkeliru dengan pihak yang menggunakan nama PPIM tanpa kebenaran,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top