PPM rampas rokok seludup RM2 juta, terbesar di Lahad Datu

PPM rampas rokok seludup RM2 juta, terbesar di Lahad Datu

am@hmetro.com.my

Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup rokok bernilai kira-kira RM2 juta di kawasan Batu 8, Jalan Silam, di sini, awal pagi hari ini.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, sepasukan anggota PPM Lahad Datu menahan dua van putih yang mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan menyeluruh.

Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 1,622,800 batang rokok pelbagai jenama yang disembunyikan dalam longgokan plastik hitam di dalam kedua-dua van berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,087,420 menjadikan ia antara rampasan rokok seludup terbesar di Lahad Datu setakat ini.

“Dua lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 38 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

“Rampasan ini satu kejayaan besar dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan rokok yang merugikan hasil negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top