am@hmetro.com.my
Kuantan: Tiga premis perniagaan yang berusia lebih 100 tahun terletak di pusat bandar raya ini di Jalan Besar, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata premis itu membabitkan kedai karpet, penggurup wang dan kedai runcit.
Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.45 petang dan seramai 43 pegawai dan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Taman tas dan Gebeng, terbabit.
“Sebanyak empat jentera pemadam dan dua lori tangki air terbabit dalam operasi berkenaan.
“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Kebakaran tidak membabitkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Sementara itu, pemilik kedai runcit, Sulaiman Abdul Aziz, 57 berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedai selepas menunaikan solat Asar di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu di sini.
“Ketika itu saya melihat asap dan percikan api di bahagian belakang kedai dan kejadian itu berlaku pantas.
“Hanya beberapa dokumen yang sempat diselamatkan dan bersyukur tiada kecederaan membabitkan pekerja,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




