Pretty Nina mohon maaf pada Baby Shima

Pretty Nina mohon maaf pada Baby Shima

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dari Sarawak, Pretty Nina memohon maaf secara terbuka kepada Baby Shima kerana tidak sengaja menggunakan minus one khas versi penyanyi sensasi itu.

Menerusi video dimuat naik di Facebook, Pretty Nina berkata, semua video dimuat naik dalam media sosialnya hanyalah untuk aktiviti sendiri dan tanda penghargaan buat peminat, bukan untuk mengaut keuntungan bayaran mahupun royalti.

“Saya mohon maaf secara terbuka kepada Baby Shima kerana tidak sengaja menggunakan minus one versi khas dan karaoke lagu Bujang Sarawak.

“Secara jujur, saya tidak tahu lagu Pantun Janda, Ikan Dalam Kolam, Berkikis Bulu Betis dan Bujang Sarawak versi minus one khas itu tidak boleh dinyanyikan.

“Saya sudah mendapat surat peringatan daripada Baby Shima dan diberi tempoh tujuh hari untuk memadam semua video dalam platform media sosial.

“Sekiranya gagal berbuat demikian saya bakal disaman. Jadi, saya sudah memadamkan semuanya termasuk dikongsikan oleh peminat.

“Saya juga tidak akan lagi membawakan apa-apa lagu milik Baby Shima di mana-mana selepas ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top