am@hmetro.com.my
Tapah: Barisan Nasional (BN) mendahului saingan merebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas meraih 557 undi daripada lima pusat mengundi bagi kerusi itu.
Perkembangan itu dipaparkan pada skrin elektronik di Bilik Gerakan BN dekat Kampung Haji Tahir, Temoh di sini, petang ini.
Menerusi keputusan tidak rasmi itu, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir mengatasi dua lagi pesaingnya, Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional yang memperoleh 149 undi.
Calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS pula hanya meraih 27 undi, setakat jam 6 petang.
© New Straits Times Press (M) Bhd