PRN Johor: 26.43 peratus keluar mengundi setakat pukul 11 pagi

PRN Johor: 26.43 peratus keluar mengundi setakat pukul 11 pagi

KLUANG: Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatat 26.43 peratus setakat pukul 11 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, seramai 709,092 orang daripada lebih dua juta pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka sejak pukul 8 pagi tadi.

Peratusan keluar mengundi itu juga melebihi PRN Johor 2022 yang mencatat 21.33 peratus pada tempoh sama.

“Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu Tanjung Surat, Rengit dan Semarang.

“DUN Maharani, Bentayan dan Penggaram pula mencatat peratusan keluar mengundi terendah,” katanya.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menjangkakan 70 peratus atau 1.8 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN Johor ke-16.

Katanya, jangkaan peningkatan keluar mengundi berbanding PRN 2022 itu didorong oleh peningkatan minat masyarakat untuk terlibat dalam proses demokrasi di Johor. – UTUSAN

Scroll to Top