PRN Johor: Anwar tak hubungi Lawrence, serah syarikat Singapura beri kelonggaran

PRN Johor: Anwar tak hubungi Lawrence, serah syarikat Singapura beri kelonggaran

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong bagi meminta kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia di negara itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini.

Beliau menegaskan, ketetapan itu mengambil kira pendirian kerajaan yang enggan sebarang campur tangan negara luar dalam urusan pilihan raya di mana-mana wilayah di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, perihal pengundian bagi PRN Johor sudah dimaklumkan kepada syarikat-syarikat di Singapura yang menggajikan tenaga kerja dari Malaysia supaya kelonggaran diberikan kepada mereka.

“Hubungan kita dengan Singapura sangat baik. Hubungan baik ini membantu membangunkan kedua-dua negara, cuma saya juga tahu yang saya mewakili Malaysia.

“Selalunya kita tidak minta mana-mana negara lain campur tangan dalam urusan termasuk pengundian di Malaysia. Cuma kita maklumkan kepada syarikat di Singapura untuk memudahkan. Ada pilihan raya, apa ertinya kalau dipersulitkan (untuk) datang mengundi.

“Ini sahaja tapi saya tidak bercadang untuk menghubungi Lawrence dalam urusan pengundian atau pemilihan di Malaysia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri’

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum – PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

‘Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor’

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor – Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan – Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai kesediaan Anwar untuk berbincang secara kerajaan dengan kerajan (G2G) dengan menghubungi Lawrence bagi tujuan tersebut.

Kata Mohd Sany, pelepasan kepada pengundi-pengundi Malaysia di Singapura untuk balik mengundi bagi membolehkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka.

PRN Johor ke-16 nanti akan menyaksikan seramai 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pemilih yang direkodkan pula berjumlah 2.7 juta orang.

 

 

Scroll to Top