PRN Johor: PAS yakin menang 7 kerusi

PRN Johor: PAS yakin menang 7 kerusi

Tumpat: PAS yakin mampu memenangi tujuh daripada 11 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun parti itu hanya bertanding di sebahagian kecil daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu optimis mampu mencapai sasaran tersebut berdasarkan penilaian politik dan strategi pilihan rayanya.

“Kita yakin menang tujuh kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah mengenai isu semasa di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Mohd Amar enggan mengulas lanjut mengenai asas keyakinan parti itu atau mendedahkan kawasan yang dijangka berjaya dimenangi.

“Sudah tentu tumpuan kita adalah di kawasan yang ditandingi PAS,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor.

Khamis lalu, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan 11 calon PAS yang akan bertanding menggunakan lambang PN dalam PRN Johor, sambil menyifatkan pilihan raya itu sebagai penanda aras penting yang boleh memberi petunjuk mengenai masa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan diadakan.

Senarai penuh calon-calon bertanding PRN Johor

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top