PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga calon di Bukit Katil

PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga calon di Bukit Katil

am@hmetro.com.my

Melaka: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan pertandingan empat penjuru selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Ali di sini ditutup secara rasmi jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi semua calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Shaifulfazlee Mohamad tepat jam 10.44 pagi.

DUN Bukit Katil menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi, Adly Zahari, berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif.

Turut memberi saingan ialah calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Dr Aliza Che Amran dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.

Pada PRN 2021 lalu, Adly Zahari berjaya mengekalkan kerusi berkenaan buat penggal kedua dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN dan PN.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top