KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) diberikan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mempertahankan
Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.
Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, penetapanan tujuh lagi kerusi itu masih dalam perbincangan Majlis Presiden parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Katanya, keputusan akhir mengenai pembahagian kerusi akan ditentukan sebelum majlis pengumuman calon pada 24 Oktober ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jumlah itu Amanah peroleh daripada 28 kerusi keseluruhan yang ada di DUN Melaka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, perbincangan di peringkat kepimpinan PH Melaka sudah selesai dan tidak berdepan isu terlalu rumit.
Katanya, pembahagian kerusi itu akan mengikut model pertandingan gabungan itu belum dimuktamadkan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November depan sebagai tarikh rasmi hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, manakala Hari Penamaan Calon pada 31 Oktober ini.-UTUSAN




