PRN Melaka: BERSATU Cabar PH Di Empat Kerusi DUN, Azmin Ali Mahu Rakyat Tentukan | Oh! Media

PRN Melaka: BERSATU Cabar PH Di Empat Kerusi DUN, Azmin Ali Mahu Rakyat Tentukan | Oh! Media

Trending

BERSATU bakal mencabar PH di empat kerusi DUN pada PRN Melaka. Azmin Ali serahkan keputusan kepada rakyat untuk menentukan pilihan.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menyerahkan kepada rakyat Melaka untuk menentukan calon yang layak mewakili mereka di kawasan masing-masing.

Menurut laporan Berita Harian, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BERSATU menegaskan parti itu akan terus berkempen meskipun berlaku pertindihan kerusi dengan PH.

Bagaimanapun, beliau berkata BERSATU tidak akan mengamalkan politik fitnah, sebaliknya memberi tumpuan kepada penawaran dasar yang menjaga kebajikan rakyat, termasuk pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Saya kira rakyat Melaka cukup matang, mereka pernah mengubah kerajaan pada masa lalu.

Kita berharap kali ini mereka juga cukup matang dan adil memberikan peluang kepada BERSATU untuk mewakili mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman Calon BERSATU di Bilik Gerakan Utama BERSATU, Baitul Tariq, Klebang, malam tadi.

Enam ahli parlimen BERSATU meterai perjanjian dengan kerajaan MADANI

bersatu 2

Dalam perkembangan berkaitan, enam Ahli Parlimen BERSATU sebelum ini memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan MADANI dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara perkara yang dipersetujui menerusi perjanjian itu ialah sokongan enam Ahli Parlimen berkenaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal, termasuk Belanjawan 2027.

Selain Muhyiddin, lima lagi Ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian tersebut ialah Radzi Jidin (Putrajaya), Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Suhaimi Abdullah (Langkawi), Datuk Dr Nazri Abu Hassan (Merbok) dan Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai).



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top