PRN Sabah 2025 Fokus Isu Ekonomi Dan Pengangguran

PRN Sabah 2025 Fokus Isu Ekonomi Dan Pengangguran

Kalau korang ingat, setiap kali masuk musim pilihan raya, memang macam-macam isu akan naik semula. Kali ni, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dua benda besar dijangka jadi tumpuan.

Antaranya adalah isu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu pembangunan ekonomi. Tapi bukan itu je, masalah pengangguran belia pun makin merisaukan.

PRN Sabah, pembangunan ekonomi dan cabaran belia menganggur…

Tun mustapha tower sabah

Fellow Penyelidik ILHAM Centre, Mujibu Abdul Muis kata kerajaan memang serius nak bangunkan Sabah. Buktinya, kerajaan menyaluarkan RM6.7 bilion dalam Belanjawan 2025 kepada negeri di bawah bayu itu.

Tapi dalam masa sama, ada isu besar yang tak boleh dipandang ringan. Kasar pengangguran belia Sabah antara yang tertinggi di Malaysia dengan 6.7 peratus pada suku pertama 2025.

Mujibu turut menegaskan, masalah ni kritikal sebab sekarang jumlah pengundi muda makin ramai selepas pengundian automatik umur 18 tahun dilaksanakan.

MA63 jadi senjata politik utama…

71646992452 tbprnjohor

Selain isu ekonomi, naratif MA63 juga dijangka jadi senjata politik paling besar. Mujibu menyatakan parti politik, baik dari Sabah atau Semenanjung, perlu buktikan janji mereka tentang MA63 bukan sekadar retorik.

Jika betul-betul nak yakinkan rakyat, kena tunjuk hasil konkrit macam yang dibuat di Sarawak.

Perjanjian MA63 menegaskan konsep rakan kongsi sama rata dalam Malaysia, terutama berkaitan dengan hasil yang sepatutnya dinikmati Sabah.- Katanya.

Cuma persoalannya sekarang, sejauh mana kerajaan sebelum ni atau kerajaan sekarang mampu realisasikan hak tu dalam bentuk yang betul-betul dirasai rakyat Sabah.

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah…

Ptj11 22022025 pm pc

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ni umum keputusan tentang tuntutan 40 peratus hasil Sabah dijangka dimuktamadkan sebelum Hari Malaysia, 16 September ni.

Setakat ni, ada 13 tuntutan oleh Sabah dan Sarawak yang dah selesai, sembilan semasa Kerajaan MADANI dan empat lagi semasa kerajaan terdahulu. Jadi PRN nanti memang akan jadi pentas utama untuk rakyat tengok sejauh mana isu ini boleh dijadikan “modal” oleh parti-parti yang bertanding.

Pengundi Sabah makin matang…

Ohmedia  0535

Penganalisis politik dari Universiti Antarabangsa INTI, Dr Sharmin Kutty Sivaraman pula percaya pengundi Sabah makin matang dan rasional dalam menilai isu pembangunan dan kesejahteraan.

Cuma katanya, faktor budaya, prodesa, agama, kaum, dan geografi masih tetap memainkan peranan besar. Hal ini akan turut mempengaruhi keputusan mereka kerana mahu memastikan Sabah dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Untuk info, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ni kalau tak dibubarkan lebih awal. Maksudnya, PRN17 memang dah dekat sangat.

Pssttt! Bila cakap pasal pilihan raya, korang jangan terus terikut dengan janji manis semata-mata. Isu macam MA63, pengangguran belia, dan pembangunan ekonomi bukan benda kecil. Jadi bila tiba masanya, pilihlah dengan bijak. Ingat, undi korang yang tentukan masa depan Sabah dan Malaysia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top