PRN Sabah: 21.05% pengundi selesai tunai tanggungjawab

PRN Sabah: 21.05% pengundi selesai tunai tanggungjawab

Kota Kinabalu: Seramai 366,917 atau 21.05 peratus pengundi di Sabah selesai menjalankan tanggungjawab mengundi setakat 10 pagi tadi.

Pusat pengundian dibuka seawal 7.30 pagi.

Cuaca baik di sebelah pagi memberi peluang pengundi turun lebih awal menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 diumumkan pada 10 malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top