Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) mendakwa ia dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Seri Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu.
“Insya-Allah, saya dimaklumkan kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pada malam ini.
“Pakatan Harapan berbesar hati kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi PH di sini, malam ini.
[LANGSUNG] Keputusan terkini PRN Sabah ke-17
© New Straits Times Press (M) Bhd




