Selepas 15 tahun, Calpis Soda One In A Million (OIAM) hadir dengan format baharu yang segar dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai pertandingan pencarian bakat paling unggul negara.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta dan kontrak rakaman bernilai RM400,000 dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.
Lebih hebat lagi, penonton berpeluang memenangi sebuah kereta setiap minggu dari Calpis Soda OIAM menjadikan keseluruhannya tujuh buah kereta diberikan sepanjang musim!
Sebagai perintis kategori minuman kultur, Calpis yang mula dijual pada tahun 1919, kini bersatu dengan program muzik realiti bersejarah Media Prima, yang pernah diterbitkan di 8TV pada tahun 2006.
Gabungan dua jenama unggul ini dijangka mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan semula program ikonik ini di TV3 dengan misi menyediakan pengalaman muzik yang segar buat rakyat Malaysia.
Dengan satu tujuan iaitu memberikan pengalaman baru kepada penonton bagi menikmati program muzik, Calpis bersama Media Prima membawakan Calpis Soda OIAM kepada peserta dan penonton bagi mengangkat program muzik ke tahap lebih tinggi.
Ia bukan sekadar kemunculan semula yang biasa, ia menjadikan Calpis Soda OIAM sebuah program muzik terbesar dan terbaik di Malaysia.
Dalam inovatif pertama di industri pemasaran, Calpis Soda selaku Penerbit Eksekutif program ini, menyuntik kesegaran melalui pelbagai inovasi kandungan dan struktur baharu untuk memberikan perspektif segar kepada rancangan blockbuster ini.
Menyedari kuasa hiburan sebagai penghubung yang berkuasa antara jenama dan pengguna, Santharuban Thurai Sundaram selaku Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, menjelaskan Calpis Soda komited bekerjasama dengan Media Prima untuk menghasilkan program yang hebat ini.
“Ia dalam usaha menyemarakkan rakyat Malaysia dengan program kebanggaan terbaru kami ini. Program ikonik ini telah melahirkan ramai penyanyi terkenal dan kini selepas 15 tahun, bersama dengan TV3, kami akan membawanya ke tahap yang baharu yang lebih tinggi.
“Saya yakin Calpis Soda One In A Million akan menjadi program muzik terbaik, di mana peserta dan penonton akan merasai pengalaman yang tiada tandingannya. Dengan tagline Segar Rasa, Soda-p Suara, program ini bertujuan untuk mencari suara bernilai satu juta, suara yang paling sodap sebagai jutawan, dengan ganjaran sejuta ringgit yang tiada tandingan dengan program lain!
“Selain hadiah bernilai RM1 juta, kami sedang bekerjasama dengan Media Prima untuk memastikan pemenang akan mendapat pendedahan yang tepat untuk memulakan kerjaya muzik mereka. Bersama TV3, kami juga merancang untuk melancarkan lagu kolaborasi dengan artis Indonesia, untuk melonjakkan kerjaya juara ke pasaran Indonesia. Kami fokus untuk membangunkan bakat baharu negara melangkaui Malaysia.
“Sebagai penaja dan Penerbit Eksekutif, kami berpeluang membentuk perjalanan program ini dari belakang tabir, memastikan bahawa Calpis Soda bukan sekadar nama di skrin tetapi sebahagian daripada jiwa dan tenaga program ini. Dengan kerjasama erat bersama Media Prima, kami komited untuk mencipta pengalaman dinamik, mendalam dan menarik, serta menghiburkan yang menyatukan generasi melalui kuasa hiburan muzik dan drama realiti. Untuk menjadikan pengalaman tontonan lebih hebat, Calpis Soda juga akan menghadiahkan sebuah kereta kepada penonton di setiap episode iaitu sebanyak 7 buah kereta untuk dimenangi di musim ini!
Mengimbau Momen Program Ikonik One In A Million
Santharuban menegaskan, apa yang benar-benar luar biasa tentang One in A Million ialah ia bukan sekadar mengiktiraf juara, tetapi adalah platform melahirkan bakat luar biasa.
“Seperti Yuna sebagai contoh, dia menjadi artis yang telah memulakan perjalanan kerjaya beliau melalui pertandingan ini.
“Oleh itu, One In A Million bukan sahaja menjadi platform melonjakkan nama mereka yang menjuarai program ini, bahkan membuka jalan kepada artis baharu dan mengetengahkan ramai penyanyi dan pemuzik berjaya. Impian saya adalah untuk melihat lebih ramai lagi bakat yang lahir dari Calpis Soda One In a Million untuk dekad akan datang.
“Saya mahu peserta dan penonton turut sama merasai keterujaan kebangkitan program ini. Tidak ketinggalan kepada penonton di rumah, pastikan anda tidak terlepas pandang, kerana setiap episod menawarkan hiburan dan penglibatan yang lebih dari sekadar di skrin TV, begitu juga di telefon bimbit anda.
“Tentu sekali, kami mempunyai perancangan khas untuk malam kemuncak yang unik yang saya tak boleh dedahkan lagi. Sesungguhnya, visi saya adalah untuk membawa jenama Calpis Soda dikenali diseluruh Malaysia, seiring dengan kualiti dan hiburan, membawa kebahagiaan dan inspirasi kepada penonton di seluruh negara,” katanya.
Mengimbau kehebatan OIAM di 8TV pada tahun 2006, ia telah memahatkan sejarah sebagai program yang berjaya mencipta bintang dan mengukir momen kemenangan luar biasa yang penuh emosi dan mengubah kehidupan ramai peserta.
OIAM telah menobatkan juara seperti Suki Low (Juara Musim 1), Ayu Damit (Juara Musim 2), dan Tomok (Juara Musim 3), yang berjaya melakar nama dalam industri muzik tempatan, bersama bintang-bintang lain seperti Faizal Tahir, Alif Satar, Aweera dan Hael Husaini dan turut mencabar keunggulan penyanyi sedia ada seperti Dayang Nurfaizah dan Allahyarham Siti Sarah.
Program ini juga turut memberikan peluang kepada penyanyi berpengalaman untuk kembali ke pentas, menyahut cabaran menaikkan nama mereka kembali seperti Shila Amzah, Datin Alya, Farah Asyikin, Intan Sarafina, Roni, Pija Mentor dan ramai lagi.
Terbuka kepada Semua, Inilah Masa untuk Anda Bersinar!
Calpis Soda One in A Million terbuka kepada semua yang berusia lima belas tahun ke atas dari Malaysia dan negara jiran, menerima penyertaan sama ada secara solo, duo, atau kumpulan!
Penyanyi yang mempunyai lagu ciptaan sendiri amat digalakkan untuk menyertai, selagi mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.
Uji bakat akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Untuk uji bakat dalam talian, peserta boleh memuat naik video nyanyian berdurasi satu minit di TikTok menggunakan tanda pagar #CalpisSodaOIAMTV3 dari 1 hingga 17 November 2024. Uji bakat terbuka pertama telahpun berlangsung selama dua hari di Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Bahru pada 2 hingga 3 November 2024 yang lalu.
Uji bakat seterusnya akan diadakan di Sabah dan Pulau Pinang pada hujung minggu ini iaitu pada 9 dan 10 November 2024 (Sabtu dan Ahad), bertempat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Manakala minggu berikutnya pula akan berlangsung di Pahang dan Kuala Lumpur. Ini adalah peluang berharga bagi bakat-bakat muda yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kebolehan mereka dan yang berpotensi menjadi bintang besar dalam Calpis Soda One In A Million.
Fast Lane Eksklusif untuk Peminat Calpis Soda yang Teruja! Dengan pembelian pek promosi eksklusif 10 tin Calpis Soda pada harga RM30 sahaja, peminat dapat menikmati proses uji bakat yang lebih lancar dan cepat — ideal untuk mereka yang bersedia untuk merebut peluang di pentas Calpis Soda One In A Million.
Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.